Monday, March 2, 2009

TERUNG BAKAR (TINUNUVAN SOGUNTUNG)


(Untuk 3 hingga 5 Orang Makan)

Bahan-bahan:

5 buah Terung (Dibakar)

1 genggam Ikan Bilis (Dipanaskan diatas kuali tanpa minyak)

5 buah Cili Padi (Dihiris nipis-nipis)

3 buah limau nipis

Garam dan aji secukup rasa 

Cara Menyediakannya:

1. Buka kulit terung bahagian luar. Kemudian potong kepada saiz yang diinginkan. Masukkan kedalam mangkuk.

2. Ambil air limau nipis yang ditapis dan tuang keatas terung tersebut.

3. Masukkan ikan bilis yang siap diguar dalam kuali yang panas tanpa minyak, bila baunya naik, angkat dan masukkan keatas terung. Letaklah garam dan aji secukup rasa.

4. Setelah itu gaul semua bahan yang dimasukkan. Setelah sebati makanan ini bolehlah diletakan diatas pinggan yang diinginkan.  

Resepi Enuvung Manisa
Makanan Tradisional Suku Kaum Rungus


Sunday, March 1, 2009

DINONSUL MANGGA

(Untuk 5-10 orang)

Bahan-bahannya:
5 biji Buah mangga yang belum masak (dihiris kecil memanjang)
1pokok Daun selasih (daunnya sahaja)
1genggam Ikan bilis (dipanaskan diatas kuali tanpa minyak, gaul sehingga naik baunya)
5ulas Cili padi (dipotong kecil)
2sudu Garam
1/2 ajinomoto atau serbuk perasa (pengganti ajinomoto) 


Cara menyediakannya:
1. Buah mangga yang siap dihiris kecil memanjang itu dimasukkan ke dalam mangkuk besar. Kemudian masukkan ikan bilis, daun selasih, garam dan bahan lain, gaul. Letak dalam pinggan dan siap untuk dimakan..

** Ikan Bilis boleh digantikan dengan ikan masin yang dibakar dengan kayu api. 


Resepi Enuvung Manisa
Makanan Tradisonal Kaum Rungus, Sabah.



SINAMU

Sinamu merupakan salah satu makanan yang popular dikalangan suku kaum rungus disabah. Pada zaman dahulu kala, penduduk suku kaum rungus hidup dalam keluarga yang besar yang mana semua penduduknya tinggal dalam 1 rumah panjang yang memuatkan 50 buah keluarga. Sinamu inilah makanan yang sering dikongsi bersama dan ianya juga merupakan makanan pembuka selera. Sinamu ini boleh diperbuat daripada buah mangga, buah betik, buah nangka, bambangan (sejenis buah mangga) dan longgom (juga sejenis buah mangga) yang sememengnya buahnya belum masak. Buah yang belum masak ini boleh dijeruk terus kecuali buah nangka kerana buahnya keras dimakan, jadi cara untuk menjeruk nangka ini supaya lembut sewaktu dimakan adalah merendamkannya dahulu dalam air panas ataupun separuh masak dalam belanga.

(50-100 orang dalam sekali makan tapi juga untuk tujuan simpanan makanan seharian atau untuk dimakan sewaktu ada keramaian)

Bahan-bahannya :

1 buah Nangka (dipotong sederhana)

10ulas lengkuas (ditumbuk lumat) 

1kg Garam

(2 mangkuk ikan kecil seperti ikan bilis mentah - Jikalau suka untuk menambah ikan)

Cara menyediakannya:

1. Buah nangka ini direndam dalam air panas atau masak separuh. Setelah itu, angkat buang air dan toskan air agar kering tanpa air.

2. Masukkan buah nangka ini ke dalam tempayan atau apa-apapun bekas yang kedap. Kemudian masukkan lengkuas yang ditumbuk lumat dan akhirnya garam. Tutup rapat mulut tempayan tersebut.

3. Simpan ditempat yang selamat lebih kurang 1 bulan barulah sinamu ini sedia untuk dihidangkan. 

****Peringatan**** pastikan kerja-kerja mengambil makanan ini dalam keadaan bersih bagi menjamin ia dalam keadaan yang bersih iaitu tanpa kehadiran buih putih pada makanan tersebut. Bukan tidak boleh dimakan tetapi untuk menyenangkan kita sewaktu makan. caranya adalah sebelum menutup tempayan tersebut selepas mengambilnya, pastikan mulut tempayan tersebut dibersihkan terlebih dahulu barulah ia ditutup.

Resepi Enuvung Manisa

Makanan Tradisional Kaum Rungus, Sabah.

Tuesday, February 24, 2009

TAPAI UBI

Tapai ubi ni Enuvung suka makan waktu kecil-kecil dulu dan sampai sekarang. Mama saya selalu buat dan dah besar panjang ni buat sendirilah... Sama seperti dalam gambar ini, cara membuatnya adalah sama sahaja melalui bangsa lain so saya copy and paste je sini. Selama Mencuba...


Bahan-bahan:
1 kg ubi kayu (kupas kulitnya, potong anggaran 4-5cm & bilas dgn air)
1 keping ragi (dihaluskan jadi serbuk- gesek dgn pengayak tpg pun boleh)
secukup daun pisang (utk membungkus tapai)

Cara:
1) Rebus ubi yg telah dibersihkan tadi hingga separuh masak lalu ditoskan dan biarkan sejuk.
2) Susun selapis ubi kayu di dalam sebuah bekas (periuk pun boleh). Taburkan rata-rata serbuk ragi tadi ke atasnya. Susun lagi selapis ubi kayu dan tabur lagi ragi. Buat begini sehingga kesemua ubi tadi habis. Tutup periuk rapat-rapat. (ada juga kaedah lain di mana setiap ubi tersebut disapukan dgn serbuk ragi)
3) Ambil sehelai kain putih (atau apa-apa pun kain yg ada!) dan bungkus periuk tadi. Kemudian peraplah selama kurang lebih 3-4 hari.
4) Bila tapai sudah menjadi, baunya akan naik, dan ia akan mengeluarkan sedikit air yg manis.
5) Bungkus tapai dgn daun pisang utk menambahkan lagi aroma tapai ubi tadi.


Untuk buat 1 kg tapai ubi

Cara Membuatnya
1. Kupas ubi dan potong-potong dalam size yang disukai. Kikis luaran ubi supaya bila rebus lendir ubi tak keluar.
2. Rebus ubi sehingga nampak permukaan ubi merekah. Jangan over rebus.
3. Sejukkan ubi tadi.
4. Tumbuk ragi ( ragi ada 2, ragi manis dgn ragi masam. Make sure beli ragi manis)
5. Taburkan sedikit ragi di permukaan bekas untuk letak ubi. Lepas itu susun ubi, tabur lagi ragi atas ubi dan tindih dengan ubi. Cara ini diulang sehingga ragi habis.
6. Lepas habis, tutup bekas dan balut dengan kain. Letak di tempat yang tertutup seperti di dalam kabinet or almari.
7. Boleh dibuka pada malam ke dua. Lepas buka terus simpan dalam peti ais kalau tak nanti over dia punya gas.


HINAVA IKAN YU



Hinava ikan yu merupakan makanan kegemaran Enuvung kerana isi ikan yu berbeza daripada ikan tenggiri dan udang. Itu terpulang kepada kesukaan seseorang individu. Cara untuk membuat hinava.Hanya 30 minit saja untuk membuatnya.Selamat mencuba.

( Khas untuk 5 orang makan )

Bahan-bahan :

Ikan Yu 250gm 
Garam 1 sudu kecil 
Gula 1 sudu kecil 
Cili padi 10 biji 
Limau nipis 5 biji 

Cara-caranya:

Panaskan Air sehingga mendidih, buang sisik ikan yu, rendamkan ikan yu kedalam air panas tadi selama 3 minit, hiris isi ikan kecil-kecil mengikut kesukaan, masukkan ke dalam mangkuk, tambahkan 3 cubit garam, 2 cubit gula, serbuk perasa, cili padi 10 biji dan air limau nipis. 

Gaulkan sebati (jika kekurangan rasa bolehlah ditambah ikut kesukaan) dan biarkan setengah jam sehingga ikan masak terperap dan kemudian bolehlah dihidangkan...

Resepi Enuvung Manisa
Makanan Tradisonal Kaum Rungus, Sabah.

JERUK BAMBANGAN




Bahan-Bahan :

5 biji buah bambangan 

4 biji bambangan 
Garam secukup rasa


Cara Menyediakan :

Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur dengan biji buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam.

HINAVA UDANG



Bahan-Bahan :
1 Kati udang segar (saiz sederhana ) 
1 cawan jus limau nipis 
4-5 chili merah dihiris 
6 pulas bawang merah dipotong berbentuk gelang 
Garam secukup rasa 

Cara Menyediakan :
Buangkan kulit dan kepala udang. Cuci dengan sempurna. Belah udang dari kepala ke ekor. Masukkan udang kedalam basin dan perap dengan garam selama 1 minit.Tuang jus limau nipis pada udang dan campurkan bahan-bahan yang lain.Biarkan selama 10 minit sebelum dihidang 

Perhatian :
Hidangan ini tidak perlu dimasak, oleh itu bahan-bahan yang disediakan mestilah segar dan telah dibersihkan.

HINAVA IKAN TENGGIRI

Terdapat banyak cara menyediakan Hinava Ikan Tenggiri dan antaranya adalah seperti dibawah :


RESEPI HINAVA VERSI 1

Bahan-Bahan :

2 ½ kati          Isi ikan tingii (tongiri) yang telah dibuang tulang-tulangnya. 
1 ½ cawan    Jus limau nipis 
4 – 5 camca  Besar biji bambangan yang telah diparut dan dikeringkan
2 inci              Peria yang telah dihiris halus (dicuci dengan garam sekali) 
4 – 5 Ulas     Cili merah dihiris halus 
Garam secukup rasa 

Cara Menyediakan :

Campurkan kesemua bahan-bahan dalam satu mangkuk dan gaul dengan rata.Biarkan selama 10 minit sebelum dihidangkan. 

Perhatian :
Hidangan ini tidak perlu dimasak, oleh itu bahan-bahan yang disediakan mestilah segar dan telah dibersihkan.


RESEPI HINAVA VERSI 2

Bahan-bahan :

Hidangan untuk ( 10 - 15 Orang )

Ikan Tenggiri ( Sederhana) 
6 Ulas Bawang Merah (dihiris) 
2 Ulas Bawang Putih (dihiris) 
3-4 Biji Limau Kapas (Ambil jusnya) 
Sedikit garam, serbuk perasa, Halia 

Cara-cara :
Ikan Tenggiri dibersihkan terlebih dahulu, kemudian dicincang hingga lumat. 
Tuangkan sedikit air panas ke atas isi ikan tersebut selama 1 minit dan toskan. 
Semua bahan yang telah dihiris halus tadi digaulkan bersama dengan isi ikan. 
Kemudian dicampur dengan jus limau kapas. 

Selamat mencuba masakan dari Negeri Di Bawah Bayu ( Sabah )



RESEPI HINAVA VERSI 3

Bahan-bahan: 
1. ikan tenggiri fresh (atau baru jerr masuk peti ais)  
2. air limau purut, limau kasturi pun orait jugak  
3. belacan  
4. hirisan nipis bawang merah dan bawang besar  
5. hirisan nipis lada  
6. hirisan nipis daun kesum  
7. hirisan nipis bunga kantan  
8. hirisan nipis daun saderi dan daun bawang  
9. hirisan nipis halia  
10. cili padi  

Cara-caranya  :
1. Gaul isi ikan mentah dengan semua bahan lainnya.  
2. Tambah gula dan garam secukup rasa.  
3. Masukkan peti ais lebih kurang 1 jam.  

* toksah takut makan ikan mentah nie, sebab air asam limau akan menjadikannya masak. kalau tak caya, cuba try test dulu.

Psssss :  
Kalau ada biji buah membangan di parut dan dan campur sekali lagi best.




Monday, February 23, 2009

PUCUK UBI MASAK IKAN MASIN DAN TERUNG PIPIT

Enuvung suka makan makanan sayur dan antaranya adalah Pucuk Ubi Kayu. Amalan memakan sayur-sayuran adalah berkaitan dengan kesihatan diantaranya untuk melangsingkan badan, menyihatkan kulit dan menyembuhkan penyakit.. Gambar untuk masakan ini nanti akan dipostkan kemudian. Selamat Mencuba.

(Hidangan untuk 2-3 orang)

Bahan-bahan : 
5pucuk Ubi Kayu (Dihiris kecil-kecil) 
1genggam Terung Pipit (Dibelah agar rasa masakan akan masuk melalui buah ini) 
1ekor Ikan Masin  
10ml Minyak Masak 
1 bawang merah (dipotong kecil-kecil)
1 bawang putih (dipotong kecil-kecil)
1/2 cawan Air  
Garam secukup rasa

Cara-caranya: 
1. Goreng bawang, kemudian ikan masin. Selepas itu, terung pipit, gaul dengan api yang kecil. setelah Terung Pipit masak barulah masukkan Pucuk Ubi Kayu yang telah dipotong kecil-kecil, gaul, dan jangan lupa masukkan air. Dah masak Angkat...  

Resepi momogun rungus 

Numpug gogosuvon :
5 untu runti 
1 hangum uva bintorung 
1 sinalau do sada 
10ml umau (nunu nopo lah) 
1 bawang merah (dipotong) 
1 bawang putih (dipotong) 
asin miuma do rasa 

It Gama mangansak: 
1. It Untu do runti pudung-pudungon dot banal ko ongo popodok. It bintorung lapakon supaya kosuvang it rasa dau sid uva. It sinalau do sada nga pudungon dot amu opodok banal. 

2. potunguhon ot umau sid kavali, ih suvang bawang merah om bawang putih. okorop po, ih suvang ogi it sinalau sada om it bintorung. ansak po tokudik ih suvang ogi it untu runti om omungan ogi do vaig tokudik.


Resepi dari Enuvung Manisa
Makanan Tradisional Kaum Rungus