Sunday, March 1, 2009

SINAMU

Sinamu merupakan salah satu makanan yang popular dikalangan suku kaum rungus disabah. Pada zaman dahulu kala, penduduk suku kaum rungus hidup dalam keluarga yang besar yang mana semua penduduknya tinggal dalam 1 rumah panjang yang memuatkan 50 buah keluarga. Sinamu inilah makanan yang sering dikongsi bersama dan ianya juga merupakan makanan pembuka selera. Sinamu ini boleh diperbuat daripada buah mangga, buah betik, buah nangka, bambangan (sejenis buah mangga) dan longgom (juga sejenis buah mangga) yang sememengnya buahnya belum masak. Buah yang belum masak ini boleh dijeruk terus kecuali buah nangka kerana buahnya keras dimakan, jadi cara untuk menjeruk nangka ini supaya lembut sewaktu dimakan adalah merendamkannya dahulu dalam air panas ataupun separuh masak dalam belanga.

(50-100 orang dalam sekali makan tapi juga untuk tujuan simpanan makanan seharian atau untuk dimakan sewaktu ada keramaian)

Bahan-bahannya :

1 buah Nangka (dipotong sederhana)

10ulas lengkuas (ditumbuk lumat) 

1kg Garam

(2 mangkuk ikan kecil seperti ikan bilis mentah - Jikalau suka untuk menambah ikan)

Cara menyediakannya:

1. Buah nangka ini direndam dalam air panas atau masak separuh. Setelah itu, angkat buang air dan toskan air agar kering tanpa air.

2. Masukkan buah nangka ini ke dalam tempayan atau apa-apapun bekas yang kedap. Kemudian masukkan lengkuas yang ditumbuk lumat dan akhirnya garam. Tutup rapat mulut tempayan tersebut.

3. Simpan ditempat yang selamat lebih kurang 1 bulan barulah sinamu ini sedia untuk dihidangkan. 

****Peringatan**** pastikan kerja-kerja mengambil makanan ini dalam keadaan bersih bagi menjamin ia dalam keadaan yang bersih iaitu tanpa kehadiran buih putih pada makanan tersebut. Bukan tidak boleh dimakan tetapi untuk menyenangkan kita sewaktu makan. caranya adalah sebelum menutup tempayan tersebut selepas mengambilnya, pastikan mulut tempayan tersebut dibersihkan terlebih dahulu barulah ia ditutup.

Resepi Enuvung Manisa

Makanan Tradisional Kaum Rungus, Sabah.

4 comments: