Tuesday, February 24, 2009

HINAVA IKAN YU



Hinava ikan yu merupakan makanan kegemaran Enuvung kerana isi ikan yu berbeza daripada ikan tenggiri dan udang. Itu terpulang kepada kesukaan seseorang individu. Cara untuk membuat hinava.Hanya 30 minit saja untuk membuatnya.Selamat mencuba.

( Khas untuk 5 orang makan )

Bahan-bahan :

Ikan Yu 250gm 
Garam 1 sudu kecil 
Gula 1 sudu kecil 
Cili padi 10 biji 
Limau nipis 5 biji 

Cara-caranya:

Panaskan Air sehingga mendidih, buang sisik ikan yu, rendamkan ikan yu kedalam air panas tadi selama 3 minit, hiris isi ikan kecil-kecil mengikut kesukaan, masukkan ke dalam mangkuk, tambahkan 3 cubit garam, 2 cubit gula, serbuk perasa, cili padi 10 biji dan air limau nipis. 

Gaulkan sebati (jika kekurangan rasa bolehlah ditambah ikut kesukaan) dan biarkan setengah jam sehingga ikan masak terperap dan kemudian bolehlah dihidangkan...

Resepi Enuvung Manisa
Makanan Tradisonal Kaum Rungus, Sabah.

7 comments:

  1. Wah...nampak sedap betul. Hinava ini makanan orang Iban atau Kadazan???

    ReplyDelete
  2. Sedapnya inava...
    Apa kata anda mencuba inava ikan sungai air tawar..
    Umbalan pogi momonsoi inava sada saraie toi ko purud.. aasiee moti mantad ko sada laut.. umbalan poh gia.

    Makasi tih blog nuh...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Apa yang boleh musykil pulak nie... Semua bahan halal, mestilah halal...

      Kalau persoalan pasal rendam terlalu kejap, then rendam lah lama sikit...

      1Blogazine

      Delete
    2. En. Luqman, ikut spt en.abuya kata.. terima kasih kerana bertandang ke blog ini..

      Delete