Monday, March 2, 2009

TERUNG BAKAR (TINUNUVAN SOGUNTUNG)


(Untuk 3 hingga 5 Orang Makan)

Bahan-bahan:

5 buah Terung (Dibakar)

1 genggam Ikan Bilis (Dipanaskan diatas kuali tanpa minyak)

5 buah Cili Padi (Dihiris nipis-nipis)

3 buah limau nipis

Garam dan aji secukup rasa 

Cara Menyediakannya:

1. Buka kulit terung bahagian luar. Kemudian potong kepada saiz yang diinginkan. Masukkan kedalam mangkuk.

2. Ambil air limau nipis yang ditapis dan tuang keatas terung tersebut.

3. Masukkan ikan bilis yang siap diguar dalam kuali yang panas tanpa minyak, bila baunya naik, angkat dan masukkan keatas terung. Letaklah garam dan aji secukup rasa.

4. Setelah itu gaul semua bahan yang dimasukkan. Setelah sebati makanan ini bolehlah diletakan diatas pinggan yang diinginkan.  

Resepi Enuvung Manisa
Makanan Tradisional Suku Kaum Rungus


Sunday, March 1, 2009

DINONSUL MANGGA

(Untuk 5-10 orang)

Bahan-bahannya:
5 biji Buah mangga yang belum masak (dihiris kecil memanjang)
1pokok Daun selasih (daunnya sahaja)
1genggam Ikan bilis (dipanaskan diatas kuali tanpa minyak, gaul sehingga naik baunya)
5ulas Cili padi (dipotong kecil)
2sudu Garam
1/2 ajinomoto atau serbuk perasa (pengganti ajinomoto) 


Cara menyediakannya:
1. Buah mangga yang siap dihiris kecil memanjang itu dimasukkan ke dalam mangkuk besar. Kemudian masukkan ikan bilis, daun selasih, garam dan bahan lain, gaul. Letak dalam pinggan dan siap untuk dimakan..

** Ikan Bilis boleh digantikan dengan ikan masin yang dibakar dengan kayu api. 


Resepi Enuvung Manisa
Makanan Tradisonal Kaum Rungus, Sabah.



SINAMU

Sinamu merupakan salah satu makanan yang popular dikalangan suku kaum rungus disabah. Pada zaman dahulu kala, penduduk suku kaum rungus hidup dalam keluarga yang besar yang mana semua penduduknya tinggal dalam 1 rumah panjang yang memuatkan 50 buah keluarga. Sinamu inilah makanan yang sering dikongsi bersama dan ianya juga merupakan makanan pembuka selera. Sinamu ini boleh diperbuat daripada buah mangga, buah betik, buah nangka, bambangan (sejenis buah mangga) dan longgom (juga sejenis buah mangga) yang sememengnya buahnya belum masak. Buah yang belum masak ini boleh dijeruk terus kecuali buah nangka kerana buahnya keras dimakan, jadi cara untuk menjeruk nangka ini supaya lembut sewaktu dimakan adalah merendamkannya dahulu dalam air panas ataupun separuh masak dalam belanga.

(50-100 orang dalam sekali makan tapi juga untuk tujuan simpanan makanan seharian atau untuk dimakan sewaktu ada keramaian)

Bahan-bahannya :

1 buah Nangka (dipotong sederhana)

10ulas lengkuas (ditumbuk lumat) 

1kg Garam

(2 mangkuk ikan kecil seperti ikan bilis mentah - Jikalau suka untuk menambah ikan)

Cara menyediakannya:

1. Buah nangka ini direndam dalam air panas atau masak separuh. Setelah itu, angkat buang air dan toskan air agar kering tanpa air.

2. Masukkan buah nangka ini ke dalam tempayan atau apa-apapun bekas yang kedap. Kemudian masukkan lengkuas yang ditumbuk lumat dan akhirnya garam. Tutup rapat mulut tempayan tersebut.

3. Simpan ditempat yang selamat lebih kurang 1 bulan barulah sinamu ini sedia untuk dihidangkan. 

****Peringatan**** pastikan kerja-kerja mengambil makanan ini dalam keadaan bersih bagi menjamin ia dalam keadaan yang bersih iaitu tanpa kehadiran buih putih pada makanan tersebut. Bukan tidak boleh dimakan tetapi untuk menyenangkan kita sewaktu makan. caranya adalah sebelum menutup tempayan tersebut selepas mengambilnya, pastikan mulut tempayan tersebut dibersihkan terlebih dahulu barulah ia ditutup.

Resepi Enuvung Manisa

Makanan Tradisional Kaum Rungus, Sabah.