Blog ini bertujuan untuk menyimpan segala khazanah resepi masakan Kaum Momogun dari Suku Rungus Sabah.
Friday, April 6, 2012
BINTANOK DALAI (KUIH JAGUNG)
Bintanok merupakan sejenis kuih yang dimasak dengan air yang sedikit lebih kurang kuih kukuslah agaknya. Cara masaknya adalah sama dengan cara kuih lepat disemenanjung. Enuvung dari kecil memang suka makan hasil air tangan mak dan sehingga dewasa ini bila tiba musim menuai jagung teringat pula kampung halaman. Bintanok ini merupakan kuih jagung tanpa campuran tepung dan cara penyediaannya ringkas sahaja.
5-10 ORANG MAKAN
BAHAN-BAHANNYA :
20 biji jagung muda
Kulit Jagung Secukupnya
Gula secukup rasa
CARA-CARANYA:
1. Parut buah jagung dengan pemarut.
2. Campur gula secukup rasa ke dalam jagung yang telah diparut.
3. Lipat jagung dengan kulit jagung dan susun dalam belanga atau periuk dan akhir sekali letak air kira-kira setengah jug sahaja. Kukuslah ia sehingga masak.
Selamat Mencuba.
MAKANAN TRADISIONAL KAUM RUNGUS
BY ENUVUNG MANISA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment